Budaya dan Pasukan Kerja Dalam Organisasi

1. Budaya Kerja


Budaya kerja ialah cara kerja yang berdasarkan suatu sistem nilai yang dipegang oleh setiap pegawai dan kakitangan dalam organisasi. Cara kerja itu diamalkan seperti itu kerana sudah menjadi kebiasaan atau tradisi organisasi tersebut.


Nilai ialah sesuatu yang dipegang oleh organisasi itu. Ia diterima oleh seluruh masyarakat dalam organisasi itu. Jika apa yang dipegang itu adalah baik, maka nilai itu adalah baik atau positif. Jika tidak, ia adalah dianggap tidak baik atau negatif dan akan ditolak.


Jumlah kesemua nilai yang diamalkan/dihayati dalam kerja kita itu dikatakan sebagai budaya kerja. Jikalau nilai yang diamalkan adalah baik, maka sudah tentulah budaya kerja itu akan menghasilkan kerja yang sangat baik.


Contoh nilai yang baik

· tidak suka buang masa

· tunggu arahan baru buat kerja

· selalu berbincang

· suka buang masa, melepak

· tidak tunggu arahan untuk membuat kerja

· buat kerja sendiri/tidak meminta

· suka menghasilkan kerja yang paling baik

· tidak kira masa

· suka menolong/membantu

· buat kerja sepenuh hati

· taat kepada ketua/arahan

· mencontohi yang baik

· menjadi contoh kepada orang lain

· selalu senyum

· memberi keutamaan kepada pelanggan

· bangga dengan hasil kerja

· bangga dengan organisasi

· mengamalkan prinsip adil, ihsan, jujur, benar, ikhlas, amanah

· tidak menyakiti orang lain

· menutup `aib orang lain

· sabar, jarang marah

· lembut, rendah diri

· mencari kebaikan orang

· memuji pada tempatnya


Contoh nilai yang tidak baik


· tidak menghormati pandangan orang lain

· tidak peduli tentang kualiti hasil kerja

· tunggu masa hendak balik

· tidak suka menolong/membantu

· buat kerja sambil lewa

· suka bantah

· mencontohi yang tidak baik

· tidak boleh dicontohi

· selalu masam sahaja

· benci pelanggan

· tidak bangga dengan hasil kerja

· benci kepada organisasi

· tidak berlaku adil, ihsan

· hasad, bohong, dengki, tidak boleh dipercayai

· menyakiti orang lain

· membuka rahsia orang

· tidak sabar, suka marah-marah

· kasar, sombong, bongkak

· mencari salah orang

· suka mengampu


Budaya kerja juga ditentukan oleh sistem, prosedur dan struktur organisasi itu sendiri. Ketiga-tiga perkara ini harus selari dan seiring dengan nilai yang dipegang. Contohnya, kita hendak pekerja itu rajin, tidak kira masa, berdedikasi dan sebagainya. Tetapi, kita tidak memberi balasan yang setimpal kepada mereka yang mereka benar-benar rajin, tidak kira masa, berdedikasi dan lain-lain. Orang yang rajin, tetapi tidak suka mengampu tidak dinaikkan pangkat atau mendapat kenaikan gaji yang mendatar. Sudah tentulah orang yang rajin itu lama-lama akan menjadi malas.


Kita hendak mengamalkan prinsip keadilan, ihsan dan syura. Tetapi, kita tidak adil dalam mengagihkan tugas dan tanggungjawab. Kepada mereka yang suka mengampu, kita beri tugas yang mudah. Kepada yang rajin, tidak kira masa bekerja, kita beri dia tugas yang berat, sehingga akhirnya ia sedar yang ia sedang dibelenggu dengan tugas yang terlalu banyak.


Selain itu, kita hendak melatih orang supaya bekerja dengan cemerlang, tetapi kita sendiri tidak mampu untuk menghasilkan kerja yang berkualiti. Kita tidak boleh menjadi pakar rujuk dan orang yang boleh memberi pandangan. Kehormatan yang pernah diberi kepada kita pun akan hilang. Orang tidak lagi percaya kepada kita.


Budaya kerja juga perlukan pemimpin yang berkualiti. Antara ciri pemimpin yang berkualiti ialah mempunyai wawasan, mampu menjadi teladan yang baik, mengamalkan nilai yang dipegang oleh organisasi, memberi bimbingan, panduan, tunjuk ajar, disegani kerana peribadinya yang mulia dan mampu membuat kerja dengan cemerlang, tidak mudah marah, penyabar, tidak berat sebelah, adil, ihsan, jujur, amanah, bersih, ikhlas di samping menjaga hati orang bawah.

Budaya kerja juga perlukan visi, misi, wawasan dan matlamat yang jelas dan ringkas. Matlamat organisasi mesti diketahui oleh semua anggota organisasi. Masing-masing faham dan ketahui tanggungjawab mereka. Semua anggota perlu tahu apa yang hendak dicapainya.


2. Mengapa Perlu Ada Budaya Kerja Yang Baik?


Budaya kerja yang baik akan menjadi panduan kepada setiap anggota tentang cara bekerja yang paling baik. Kita boleh melihat keperluan ini berdasarkan beberapa situasi di bawah.


(a) Jikalau organisasi itu sentiasa memberi perhatian kepada keperluan dan perasaan pelanggan, tiba-tiba ada seorang pegawai yang marah seorang pelanggan, setiap orang lain akan hairan mengapa pelanggan itu dimarahi. Kelakuan ini pastinya tidak dapat diterima oleh organisasi itu.

(b) Setiap orang biasanya tidak akan melambatkan kerjanya. Jika ada seseorang yang tidak menghabiskan kerjanya walaupun masa yang secukupnya sudah diberi, tentulah ia tidak akan senang duduk, kerana semua orang lain pasti akan melihatnya dengan pandangan yang sinis dan pastinya boleh menyusahkan rakan yang lain. Contohnya, seorang guru yang tidak menyiapkan pemeriksaan kertas ujian bagi subjeknya pastinya menyebabkan guru kelas tidak dapat membuat rumusan keseluruhan prestasi murid-muridnya.

(c) Jikalau organisasi itu terkenal kerana kebanyakan surat yang dihantar kepada organisasi itu sentiasa hilang. Maka, pelanggan akan terpaksa berulang kali menelefon untuk bertanya jika surat yang telah dihantar itu sudah diterima atau tidak.

(d) Seorang pemimpin itu sentiasa meronda/memantau di dalam pejabatnya untuk mencari sesuatu yang baik yang telah dilaksanakan oleh pegawainya. Maka setiap orang akan tunggu kedatangan pemimpinnya. Sebaliknya, pemimpin yang bersiar-siar untuk mencari kesalahan orang, dan akan memarahi orang itu di hadapan khalayak ramai, maka semua akan lari daripadanya, bila dia datang.

(e) Jikalau sikap tolong-menolong itu sudah menjadi tradisi organisasi itu, maka setiap pegawai dan pekerja tidak akan segan untuk bertanya sesuatu kepada siapa pun apabila ia ada masalah. Sebaliknya, jika amalan tidak pernah dilaksanakan, sudah tentu masing-masing akan bekerja bersendirian.


3. Bagaimana Membentuk Pasukan?


(a) Setiap keputusan dibuat berdasarkan kepentingan dan keputusan bersama.

(b) Setiap orang dianggap sama penting dengan setiap orang lain.

(c) Sifat percaya mempercayai, hormat menghormati sentiasa wujud di kalangan setiap anggota organisasi.

(d) Setiap orang diberi kebebasan untuk menggunakan kreativitinya, kemampuannya, kepakarannya, kehandalannya, kelebihannya untuk menghasilkan kerja dengan cara tersendiri.

(e) Sentiasa wujud suasana intim antara setiap anggota organisasi.

(f) Masing-masing bangga dengan hasil kerja pasukan, bangga dengan pencapaian organisasi.

(g) Memberi perhatian kepada peningkatan kerjaya setiap pekerja untuk mencapai ketaatan yang luhur. Latihan perlu dijadikan amalan biasa.


4. Kelebihan Bekerja Sebagai Pasukan


(a) Meningkatkan rangsangan.

(b) Mengeratkan tali persaudaraan dan setia kawan antara pekerja.

(c) Sentiasa suka menghasilkan kerja yang paling baik.

(d) Mengurangkan sebarang pergeseran, atau berpuak-puak yang selalunya merupakan angkara yang tidak sihat.

(e) Mampu mewujudkan suasana yang intim.

(f) Mewujudkan perasaan seronok bekerja.

(g) Meningkatkan perasaan bangga kepada pasukan dan organisasi.

Share on Google Plus

About AZMAN2020

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment