Dipetik daripada tulisan Maszlee Malek di http://palestinkini.info yang saya rasa baik untuk dibaca bagi meluaskan pengetahuan kita tentang isu palestin dan zionis ini.
?Unto thy seed will I give this land? (Dan kepada keturunanmu akan kuberikan tanah ini), Genesis 12:7. Benarkah bumi Palestin dijanjikan tuhan untuk orang Yahudi ? Maszlee Malek mengupas persoalan ini
Mengapakah manusia-manusia dari spesis Yahudi sanggup berhijrah ke Palestin meninggalkan tanah air mereka pada awal kurun ke-20?, satu soalan yang kelihatan agak naif, namun mempunyai 1001 jawapannya yang tersendiri.
Bagi sesiapa yang mengamati isu Palestin pasti akan mencari persoalan pokok dan juga akar kepada permasalahan di Palestin. Bagi yang jahil, yang mana itulah kebanyakan daripada ahli masyarakat kita tidak akan ambil pusing, malah menyalahkan Arab kerana tidak boleh berdamai dengan ?jiran? Yahudi mereka. Bagi yang membaca pula, mereka pasti akan tahu ide Zionis pasca konvensyen pertama World Zionist Organisation (WZO) pada tahun 1897 di Basle, Switzerlandlah yang menjadi titik tolak kepada penghijrahan beramai-ramai Yahudi dari seluruh dunia ke bumi Palestin. Penghijrahan kaum Yahudi walau bagaimanapun hanya berlaku 20 tahun sesudah konvensyen itu setelah Sir Arthur Belfour , seorang Zionis Kristian yang menjadi Menteri Luar Kerajaan British yang telah mengizinkan penghijrahan Yahudi dari seluruh dunia beramai-ramai ke Palestin melalui satu deklerasi yang dikenali sebagai ?The Belfour Declaration? pada tahun 1917.
Ya, bangsa Yahudi bukannya satu kelompok yang wujud semenjak awal lagi bersama kaum Arab dan kemudiannya mereka bergaduh sesama sendiri dan tidak tahu untuk menghentikan pertelingkahan tersebut. Mereka datang dari seluruh pelusuk dunia. Bagi Yahudi yang berketurunan Ashkenazi (yang berasal dari wilayah Khazar, Rusia menurut Arthur Kostler pengarang buku ?The 13th Tribe?) kebanyakan mereka datang dari Eropah, Rusia, Eropah barat, Amerika dan juga Amerika Selatan. Bagi Yahudi berketurunan Shepardi (Yahudi dari keturunan Bani Israel yang asal) pula kebanyakkannya datang dari Iraq, Yaman, Maghribi, negara-negara Arab berdekatan dan juga dari negara-negara Afrika. Gerakan Zionislah yang menyatukan mereka di bawah satu mimpi dan akhirnya berhimpun di bumi Palestin yang mereka namakan sebagai ?Erezt Yizrael? (Bumi Israel). Thesis Theodore Herzl (pengasas gerakan Zionis) yang bertajuk ?Der Junder Staadt? (The Jewish State) pada tahun 1896 lah yang telah meniupkan semangat baru kepada mereka untuk berhimpun di bumi Palestin setelah sekian lama mereka tinggal berteraburan di serata pelusuk dunia.
Persoalannya apakah motivasi yang membuatkan mereka menjadi sebegitu gila meninggalkan villa-villa, istana-istana mereka di gheto-gheto mereka di Eropah, Amerika dan di serata dunia untuk mendiami padang pasir dan juga negara yang kemudiannya mengundang 1001 masalah kepada mereka selama-lamanya ?
Untuk menjawab persoalan ini, kita hendaklah merujuk kepada tulisan-tulisan mereka yang berbangsa Yahudi sendiri dan menjauhi segala sumber dari mereka yang memusuhi bangsa Yahudi. Tulisan-tulisan tersebut juga hendaklah merupakan sumber yang boleh dipercayai dan mempunyai nilai akademiknya yang tersendiri serta jauh dari teori konspirasi, prejudis dan juga tuduhan-tuduhan melulu tanpa dasar dan bukti yang kukuh. Dalam kes ini saya suka untuk merujuk kepada kitab perjanjian lama (old testament) itu sendiri yang menjadi rujukan utama para agamawan Yahudi dan kemudiannya kepada tulisan-tulisan mereka yang dianggap autoriti di dalam bidang sejarah Yahudi oleh mereka sendiri dan juga dunia akademik yang tidak bersempadan.
Menurut penulisan-penulisan mereka, sebab utama yang membawa kaum Yahudi berhijrah beramai-ramai ke bumi Palestin adalah sebab agama. Bagi kaum Yahudi, tidak kira samada mereka yang berpegang kuat dengan ajaran agama Yahudi mahupun mereka yang sekularis tetap beriman bahawa Palestin merupakan sebuah tempat yang dijanjikan oleh Tuhan (yang mereka sebut sebagai Yahweh) kepada bangsa Yahudi. Teori ini walau bagaimanapun masih terbuka kepada kritikan dari kalangan ilmuan berbangsa Yahudi sendiri, samada dari mereka yang liberal mahupun dari kalangan penganut fahaman ortodoks.
Bagi para pengkritik ide Zionisme pula, mereka menyangkal bahawa faktor agama merupakan faktor utama yang memotivasikan kaum Yahudi dari seluruh pelusuk dunia untuk berhijrah ke Palestin. Menurut mereka faktor politik, sosio ekonomi, pengarug faham Nasionalis di Eropah, faktor kolonialisme dan juga faktor anti-Semitik yang mendominasi masyarakat barat ketika itulah yang menjadi tunjang kepada ide negara Israel untuk orang Yahudi. Agama hanyalah alasan untuk pihak penganut fahaman Zionisme mendapatkan sokongan dari para Rabbi (ulama) yang merupakan golongan yang paling berpengaruh di kalangan majoriti kaum Yahudi dari kelas sederhana dan kelas bawahan yang beriman dengan tradisi ?autoritarian? yang menjadi budaya dalam masyarakat Yahudi selama berabad-abad lamanya.
Pandangan pertama yang mengatakan bahawa faktor agama merupakan faktor utama dalam isu penghijrahan mempunyai asasnya tersendiri. Kebanyakan mereka yang berbangsa Yahudi dan beriman dengan pegangan aqidah keYahudian (Judaism) beriman bahawa Tuhan Yahweh telah menjanjikan kepada Bangsa Yahudi bumi Palestin melalui Nabi Ibrahim di dalam kitab Perjanjian Lama yang berbunyi: ?Unto thy seed will I give this land? (Dan kepada keturunanmu akan kuberikan tanah ini), Genesis 12:7.
Dalam Genesis 13:15 pula, ?tanah? yang dijanjikan itu diperincikan sebagai: ?All the land which thou seest to thee will I give it and to thy seed for ever? (Seluruh tanah ini yang dapat kamu lihat sehingga kepadaKu akan ku berikan kepada keturunanmu selama-lamanya) ketika Nabi Ibrahim berdiri di atas bukit berdekatan dengan Bethel.
Lebih terperinci lagi, di dalam Genesis 15:18 ada menyebutkan: ?Unto thy seed have I given this land, from the river of Egypt unto the great river Euphrates?.(Untuk keturunanmu Aku telah berikan tanah ini, dari sungai Mesir (Nil) sehinggalah ke sungai besar Euphrates)
Theodore Herzl sendiri pun, yang merupakan seorang atheis, apabila meletakkan sempadan untuk Erez Yizrael yang ingin diasaskannya telah mengambil panduan dari Genesis 15:18.
Persoalannya di sini, adakah bukti-bukti itu merupakan dalil-dalil yang kukuh untuk mereka melegitimasikan kepulangan mereka ke bumi Palestin?, untuk menjawab persoalan ini ianya perlu dilihat dari beberapa sudut.
Yang pertama, pentafsiran terhadap ?thy seed? yang berhak mewarisi bumi Palestin, terutamanya kota ?Baitul Maqdis? yang mereka sebutkan sebagai ?Urshaleem?. Adakah ?thy seed? itu hanya merujuk kepada bangsa Yahudi dan seirng kali ingin mendominasi genetik ?kenabian? dan ?semitisme? ?
Dr. Alfred Guillaume, Profesor dan pakar berkaitan ?Old Testament Studies? di University of London dalam hal ini telag mengatakan:
?Generally supposed that these promises were made to the Jews and no to the Jews alone. But that is not what the Bible says. The words ?to thy seed? inevitably include Arabs, both Muslims and Christians, who claim descent from Abraham through his son Ishmael?
Tegas beliau, di dalam Genesis, 21:10-12 terdapat tafsiran untuk perkataan ?thy seed?, tuhan Yahweh telah berkata kepada Ibrahim:
?Let it not be grievous in thy sight because of the lad and because of thy bondwoman; in all that Sarah saith unto thee hearken unto her voice: for Isaac I shall seed be called unto thee. And also the son of the Bondwoman (Ishmael) will I make a nation, because he is thy seed?.
Beliau menambah lagi, keturunan Isaac (Ishaq) digelar sebagai ?Israelites? (Bani Israel), Jacob (Yaaqub) anak Ishaq digelar ?Israel?. Maka keturunan Ishmaellah yang paling sesuai untuk dinisbahkan kepada Inrahim, dan mereka jugalah yang paling layak untuk digelar ?thy seed?.
Tambah beliau, apabila perjanjian (covenant) yang tuhan Yahweh untuk memberikan kepada Nabi Ibrahim pewarisan bumi Kan’an (Palestin) kepada keturunannya, ianya adalah untuk keturunan Ismail. Logiknya, menurut beliau, pewarisan tersebut dilakukan ketika upacara ?berkhatan? salah seorang daripada anak Ibrahim (rujuk: Genesis, chapter 17:8). Jelas di dalam ayat tersebut menunjukkan bahawa yang dikhatankan adalah Ishmael, dan Ishaq belum lagi dilahirkan pada waktu Ibrahim mengkhatankan Ishaq.
Keduanya, menurut Arthur Koesler, seorang pakar sejarah, kebanyakan bangsa Yahudi yang mendokong idea Zionisme dan juga ide kepulangan ke bumi yang dijanjikan adalah Yahudi dari keturunan Ashkenazi. Yahudi Ashkenazi bukanlah dari keturunan Bani Israel (Yaaqub), tetapi dari bangsa Rusia Khazar yang telah memeluk agama Yahudi pada kurun ke-…… apabila raja memeluk agama tersebut. Boleh dikatakan 70% daripada Yahudi yang ada di bumi Palestin yang dijajah adalah mereka dari Yahudi Ashkenazi. Oleh yang demikian, mereka tidak layak untuk mendapat gelaran ?thy seed?, kerana tiada langsung hubungan di antara mereka dengan Nabi Ibrahim.
Ketiga, jika pun memang bumi itu dijanjikan kepada kaum Yahudi. Mereka telah pun menduduki bumi tersebut (sebahagian dan bukan kesemuanya) dan telah kehilangannya sebanyak dua kali (kali pertama sewaktu mereka diserang oleh Nebuchadnezar pada tahun 586 S.M dan dibawa berhijrah ke Babylon, dan yang keduanya pada tahun 70 M yang telah menyaksikan Yahudi terakhir meninggalkan bumi Palestin pada tahun 1932M). Maknanya janji itu hanya laku untuk kali pertama sahaja dan bukan untuk kali kedua dan ketiga.
Bagi golongan yang menggunakan alasan agama juga, mereka berdalilkan pendudukan Bani Israel di bumi tersebut di zaman Yoshua bin Nun, zaman Daud dan Sulaiman yang pernah memerintah kawasan tersebut dan juga keturunan mereka yang berkuasa untuk beberapa abad seperti yang terdapat di dalam juzuk ?The Kings? di dalam Old Testament. Hujah ini bukan hanya diimani oleh kaum Yahudi , malah diimani juga oleh segolongan Kristian bermazhab Protestant yang dikenali juga dengan nama Kristian Zionis (kini mereka mempunyai institusi yang bernama ?International Christian Embassy in Jerusalem? (ICEJ) yang berpusat di Baitul Maqdis dan merupakan penyokong kuat ide penubuhan negara Yahudi).
Hujah mereka, kaum Yahudi diriwayatkan di dalam Old Testament telah mendiami dan berkuasa di bumi Palestin. Maka mereka juga berhak untuk kembali mendiami bumi tersebut kerana ?historical? dan ?sentimental? value yang terdapat pada bumi itu kepada bangsa Yahudi. Maka usaha-usaha untuk mengembalikan mereka juga merupakan satu usaha yang bersifat ?ketuhanan? dan bertepatan dengan kandungan ?Old Testment? dan ianya adalah usaha mengulangi kegemilangan zaman para nabi.
Hujah seumpama ini telah ditolak oleh golongan Yahudi Ortodoks yang berpegang dengan ajaran sebenar Yahudi seperti golongan Naturei Karta yang bermazhab Hesedim. Menurut mereka, aqidah sebenar kaum Yahudi mengatakan bahawa selepas mereka diusir dari bumi Palestin di zaman Nebuchadnezar, mereka tidak boleh lagi pulang ke bumi tersebut sehinggalah datangnya Messiah di akhir zaman yang akan membawa mereka pulang dan memimpin mereka. Selagi Messiah ini tidak muncul, kaum Yahudi HARAM pulang ke bumi tersebut. Ini jugalah merupakan inti ajaran Talmud (Meshna Tora) yang merupakan kitab penafsiran kepada Old Testament mereka.
Tidak hairanlah sewaktu gerakan Zionis muncul pada tahun 1897 dengan ide Herzl untuk mengembalikan orang Yahudi ke bumi Palestin dan menubuhkan negara mereka sendiri, kaum Yahudi Ortodoks menentangnya. Rabbi-rabbi Yahudi di Eropah juga telah mengeluarkan fatwa bahawa Herzl telah murtad dan gerakan Zionis adalah sebuah grakan yang sesat dan terkeluar dari agama Yahudi. Jika tidak kerana fatwa Rabbi Cook the elder pada tahun 1925 dan juga peristiwa Holocaust serta sokongan Kaum Zionis Kristian di Eropah, nescaya projek Zionis tidak akan mendapat sokongan majoriti kaum Yahudi. Oleh sebab itulah sehingga kini terdapat segelintir kaum Yahudi Ortodoks di Eropah, AS dan juga negara-negara Arab dan di Afrika Selatan yang menentang penubuhan negara Israel dan juga gerakan Zionisme.
Bagi Micheal Prior, Illan Papei dan juga Elizabeth Barlow (lihat: Prior 2005, Speaking the Truth), mereka semua mengutarakn kritikan yang amat menarik. Bagi mereka kekeliruan para penganut Kristian Protestant yang menjadi penyokong dan penggerak Kristian Zionis adalah berpunca dari kesilapan mereka di dalam memahami teks Old Testament. Mereka sepatutnya membaca apa sahaja yang terkandung di dalam juzuk ?The Kings? itu sebagai bahan atau cerita sejarah dan bukannya satu suruhan dan arahan kudus untuk mereka mengembalikannya. Ianya adalah cerita dan sejarah semata-mata untuk dijadikan iktibar dan bukan untuk diulangi. Menurut Barlow lagi, tiada pun dalil di dalam Old Testament yang menyuruh samada penganut agama Yahudi mahupun penganut agama Kristian untuk mengulangi peristiwa tersebut dengan membawa pulang kaum Yahudi ke bumi Palestin. Itu semua merupakan takwilan yang jauh dari kehendak nas-nas old testament!
Walau apa pun hujah mereka, jelas sandaran mereka terhadap agama dan juga kitab-kitab suci mereka adalah tidak berasas dan amat goyah. Kebanyakan daripada hujah-hujah tersebut hanyalah takwilan golongan Zionis demi menjustifikasikan kewujudan mereka di bumi Palestin. Golongan Zionis yang menyedari bahawa projek penubuhan Erezt Yizrael adalah bertentangan dengan aqidah Kaum Yahudi pada asalnya terpaksa mencari penafsiran semula kitab Torah (Old Testament) demi menyokong usaha mereka yangsemata-mata timbul dari ideologi Nasionalisme dan Imperialisme yang begitu kemaruk di Eropah sewaktu kemunculan mereka. Tidak hairanlah mengapa Herzl di penghujung hayatnya telah mengubah pendiriannya untuk menubuhkan Erezt Yizrael ke bumi Ghana. Jika ianya suruhan suci dan kudus, mengapa boleh bertukar-tukar tempat pula, ternyata ianya adalah isyarat oleh Herzl bahawa projek Zionisme bukanlah projek yang ada kaitannya dengan agama dan boleh hancur bila-bila masa sahaja!
0 comments:
Post a Comment