KAJIAN TINDAKAN : SATU KEPERLUAN YANG MASIH RELEVAN

Hari Sabtu yang lalu saya berpeluang menghadiri seminar Kajian Tindakan peringkat daerah. Seminar sehari itu dipenuhi dengan pembentangan kajian tindakan yang dilakukan oleh guru-guru sekolah melibatkan pelbagai aspek termasuk kurikulum. Saya amat tertarik dengan beberapa pembentangan yang saya ikuti berkaitan kajian untuk menambahbaik prestasi pelajar-pelajar dalam topik-topik tertentu mata pelajaran matematik. Pendekatan yang digunakan oleh guru berkenaan amat mudah, inovatif dan menarik. Impaknya didapati prestasi pelajar dalam topik berkenaan dan seterusnya subjek berkenaan meningkat. Kajian domestik seperti ini bukanlah satu perkara yang baru, malah galakan kepada guru-guru untuk menggunakannya sebagai satu pendekatan meningkatkan pencapaian pelajar telah lama dilaksanakan. Sejauhmanakah kajian tindakan ini dipraktikkan di sekolah? Justeru semua guru perlu secara positif melihat teknik ini sebagai satu kaedah yang terbaik untuk menyelesaikan sebarang permasalahan berkaitan pendidikan khususnya kurikulum di sekolah-sekolah.
Sekolah Sebagai Pusat Penyelidikan
Perbincangan tentang komuniti sekolah tidak terhad hanya kepada guru, bahkan ia melibatkan pihak-pihak seperti ibu bapa, sokongan pihak atau agensi luar, inspektor, pekerja-pekerja penyelidikan dan sebagainya. Semua pihak ini bekerjasama dalam usaha membentuk suasana dan etika kerja yang sering meningkat dan membina tradisi membaik pulih kurikulum berasaskan sekolah.

Terdapat beberapa prinsip asas yang harus di perhatikan dalam menjadikan sekolah sebagai pusat penyelidikan antaranya adalah;

Harus di fahami bahawa tugas guru tidak terhad kepada mengajar sahaja tetapi guru-guru harus dilengkapkan dengan ilmu untuk membuat penyelidikan dalam menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapinya dalam proses pengajaran. Guru-guru harus disiapkan dengan ilmu penyelidikan seawal mungkin dan disokong oleh pihak-pihak lain bagi memastikan keberkesanan penyelidikannya.

Kurikulum bukanlah satu teori yang sempurna tetapi untuk melengkapkan kualiti kurikulum, ia harus dipraktikkan dan segala masalah yang timbul harus segera diatasi dengan baik. Guru adalah orang yang paling hampir dengan masalah-masalah kurikulum dan mesti menjadi orang yang paling cekap menyelesaikan masalahnya.

Guru perlu mula belajar mengajukan soalan-soalan yang boleh dikaji. Tiada masalah yang mustahil untuk diselesaikan. Apa yang penting adalah usaha untuk mengujidan mengkaji sesuatu.

Guru penyelidik haruslah dilengkapkan dengan persediaan tentang cara-cara dan kemahiran untuk membuat penyelidikan.

Sistem sokongan perlu diambil kira dalam menggalakkan penyelidikan disekolah antaranya adalah dengan memperuntukkan waktu mengajar yang sesuai untuk membuat penyelidikan, memberi ruang untuk guru mencuba pelbagai kaedah dan pendekatan dari dalam dan luar sekolah untuk proses pengajarannya, menmberi ruang untuk kerjasama antara guru dan agensi-agensi luar dalam membuat penyelidikan dan penyelarasan hasil kajian dan sebagainya.

Guru terbaik bagi sesuatu adalah pengalaman. Oleh itu guru-guru membina kurikulum berdasarkan pada pengalaman sebenar mereka dalam proses pengajaran di bilik darjah dan set-set pengajaran yang lain.

-Ringkasan daripada buku Curriculum Action Research oleh James McKernan, 1996

Kajian Tindakan : Definisi
Kajian Tindakan merupakan satu pendekatan yang berusaha mempertingkatkan mutu profesionalisme guru. Merupakan penyelidikan terhadap situasi sosial di sekolah bertujuan memperbaiki kualiti amalan guru di bilik darjah. (Elliot & Adelman: 1976)

Satu pendedahan untuk memperbaiki dan mempertingkatkan pendidikan melalui perubahan yang menggalakkan guru menjadi lebih sedar tentang amalan mereka sendiri, menjadi kritis terhadap amalan-amalan tersebut dan bersedia mengubah amalan. Pendekatan ini memerlukan guru melaksanakan inkuiri penemuan secara individu serta melibatkan guru-guru lain secara kolaboratif. (McNiff :1988)

Action research is a form of self-reflective enquiry undertaken by participants (teachers, students or principals, for example) in social (including educational) situations in order to improve the rationality and justice of : a. their social or educational practices; b. their understanding of these practices, and c. the situations (and institution) in which these practices are carried out. (Carr dan Kemmis :1986)

Kajian Tindakan adalah "penyelidikan pendidikan" (educational research) dan ia berbeza dengan "penyelidikan dalam pendidikan" (research in education) kerana yang menyelidik itu adalah guru sendiri yang ingin memperkembangkan dirinya serta profesionnya.
(Lomax : 1994)

Satu usaha di bilik darjah yang bersifat cuba jaya dan berterusan. Partisipan (pengurus sekolah, guru atau pelajar ) membuat intervensi dan langkah-langkah pembaikan dalam usaha mendapatkan anjakan cara berfikir dan kesedaran yang baru. Ia dilaksanakan dalam apa jua keadaan dengan tujuan memperbaiki amalan kerja, menambah kefahaman baru dan meningkatkan profesionalisma dalam profesion perguruan. (Hanipah Hussin : 2001)

Halangan Kajian Tindakan Dalam Kurikulum

Survey antarabangsa telah meletakkan beberapa halangan umum yang biasa di sebut dalam kajian tindakan dalam pendidikan:
(a )Kekurangan masa.
(b) Kekurangan bahan.
(c) Sistem organisasi sekolah.
(d) Kurang kemahiran dalam membuat kajian.

Walaubagaimanapun harus disebutkan sekali lagi bahawa tujuan utama kajian tindakan ini adalah untuk menambahbaikan cara pengajaran dan membina pengetahuan praktikal dan pemahaman tentang natijah atau hasil pemerhatian.

- Ringkasan daripada buku Curriculum Action Research oleh James McKernan, 1996
Share on Google Plus

About AZMAN2020

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment