ULASAN BUKU BLUE OCEAN STRATEGY


Tajuk : Blue Ocean Strategy: how to create uncontested market space and make the competition irrelevant

Pengarang : W. Chan Kim, Renee Mauborgne
Penerbit : Harvard Business School Press
Tahun Penerbitan : 2005
ISBN : 1591396190
Harga : RM112.32
Muka Surat : 240 muka surat

Pengarang buku ini W Chan Kim merupakan penyandang bagi The Boston Consulting Group Bruce D Henderson Chair Professor dalam bidang strategi dan pengurusan antarabangsa di INSEAD. Sebelum beliau menyertai INSEAD, beliau merupakan salah seorang profesor di University of Michigan Business School. Manakala pengarang bersama Renee Mauborgne pula merupakan salah seorang INSEAD Distinguished Fellow yang juga merupakan seorang professor dalam bidang strategi dan pengurusan di INSEAD Fontainebleau, Perancis. Selain itu beliau juga merupakan salah seorang Fellow Forum Ekonomi Dunia. Buku ini menggariskan pendekatan yang sistematik untuk menjadikan iklim persaingan itu tidak lagi releven. Pengarang memaparkan satu rangka kerja yang analitikal dan panduan untuk membina dan membentuk satu strategi Blue Ocean yang berjaya dan cemerlang. Beliau turut menjelaskan pergerakan strategic yang luas merentasi pelbagai hos industri. Selain itu buku ini memaparkan enam prinsip utama yang boleh diadaptasi di setiap organisasi dalam usaha merencanakan dengan cemerlang Strategi Blue Ocean.

Bab 1 Menjelaskan apakah itu Blue Ocean? dan kesan menggunakan Blue Ocean berbanding dengan Strategi Red Ocean.

Bab 2 Memperkenalkan panduan dan rangka kerja analitikal yang penting dalam membentuk dan melaksanakan Blue Ocean.

Bab 3 Mengenalpasti peluang atau cabang yang anda boleh mewujudkan secara sistematik pasaran yang tiada persaingan.

Bab 4 Menunjukkan bagaimana untuk membentuk dan melakar perancangan strategik syarikat/organisasi.

Bab 5 Menunjukkan bagaimana memaksimumkan saiz Blue Ocean. Bab ini mencabar pengamal konvensional dalam usaha mendapatkan segmentation yang lebih baik untuk mempertingkatkan keupayaan mereka memenuhi kehendak pelanggan sedia ada mereka.

Bab 6 Memaparkan lakaran rangka strategi yang membolehkan anda bukan saja mewujudkan nilai bagi sesuatu barang tetapi juga untuk perkembangan barang tersebut.

Bab 7 dan 8 Ulangan kepada prinsip asas yang membawa kepada pelaksanaan yang berkesan Strategi Blue Ocean.

Bab 9 Mengenengahkan isu-isu dalam mengekalkan dan memperbaharui Strategi Blue Ocean.

Buku ini amat sesuai kepada semua pegawai kanan dan para professional didalam perkhidmatan awam ataupun swasta. Pelbagai carta, diagram dan illustrasi dipaparkan untuk membantu pembaca menjelajahi satu set ilmu baru dalam Perancangan Strategik.


Diturunkan Ulasan buku Blue Ocean Strategy oleh Encik Ahmad Syahir bin Sarani, Ketua Jabatan Pengurusan Maklumat, Institut Perkembangan Minda (INMIND.

Share on Google Plus

About AZMAN2020

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment