Aku Janji 2010





Majlis Aku Janji PMR dan SPM 2010 telah dijalankan pada 16 Mac 2010 bertempat di Dewan Perdana Putra. Majlis telah disempurnakan perasmiannya oleh En. Anuar bin Jais, Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Kulai. Turut hadir dalam majlis perasmian berkenaan ialah En. Azman Adnan, Pengetua SMK Bandar Putra, Dr. Ngasri Dimon, Pengerusi PIBG dan En. Zainal Abidin Mohd Arif, Pengerusi Badan Permuafakatan Asrama.

Semua guru SMK Bandar Putra, semua calon PMR dan SPM bersama ibu bapa/penjaga masing-masing turut melafazkan ikrar dan janji masing-masing untuk memastikan sasaran peperiksaan PMR dan SPM bagi tahun 2010 dapat direalisasikan. Mohd Hapiz Zainal Abidin, En. Azman dan Dr Ngasri sebelum itu turut menandatangani dokumen aku janji mewakili semua murid, guru dan ibu bapa dihadapan Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Kulai.

Sumber : Portal SMK Bandar Putra
Share on Google Plus

About AZMAN2020

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment