TERIMA KASIH SMK BANDAR PUTRA

Dalam tempoh 6 tahun 7 bulan 24 hari saya diberi mandat mengetuai sebuah sekolah menengah di sebuah daerah di Kulaijaya. Pastinya banyak pengalaman yang telah dapat saya kutip berkaitan semua perkara membabitkan pengurusan dan kepimpinan pendidikan di sekolah - sumber manusia, kurikulum, kokurikulum, hal ehwal murid dan komuniti. Saya menganggap sekolah ini sebagai universiti ke-4 dalam hidup saya yang banyak mengajar saya merealisasikan fasa ke-2 dalam kerjaya saya iaitu sebagai ketua barisan hadapan sekolah. Bukan sahaja cabaran dan halangan yang perlu ditempuhi tetapi juga kemanisan dalam meraikan kejayaan-kejayaan yang dicipta dalam pelbagai bidang dan ini merupakan sebahagian daripada nilai kepuasan apabila mengurus sebuah organisasi. Terima kasih kepada seluruh warga SMK Bandar Putra - rakan guru, murid, ibu bapa dan komuniti yang banyak membantu merealisasikan impian kita bersama. Mudah-mudahan sekolah ini akan terus gemilang. Kini cabaran baru pastinya menggamit diri dalam fasa ke-3 kerjaya sebagai pendidik ini apabila diberi kepercayaan untuk mengemudi organisasi baru dengan kapasiti sekolah yang lebih banyak, jumlah guru dan murid yang lebih ramai dan skop kerja yang lebih bercapah.
 







Share on Google Plus

About AZMAN2020

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment