Pengantarabangsaan - Satu Lagi Jaringan Kerjasama Pendidikan 2 Negara

Pada 5-8 OGOS 2011 yang lalu saya berpeluang mengikuti lawatan pengantarabangsaan ke Indonesia bersama pengetua dan guru besar negeri Johor. Sekolah saya SMK Bandar Putra  turut berpeluang menandatangani memorandum kerjasama pendidikan dengan SMA (Unggul) Ali Hasjmy sebuah sekolah terbaik di Aceh, Indonesia. Melalui memorandum berkenaan kedua-dua buah sekolah bersetuju untuk menjalinkan hubungan berlandaskan kerjasama pendidikan yang akan diperincikan kemudian.
 MOU ditandatangani oleh saya mewakili SMK Bandar Putra dan Bapak Jamaludin S.Pn mewakili SMA Unggul Ali Hasjmy di sekolah berkenaan di Kabupaten Aceh Besar Indonesia dengan disaksikan oleh Pengarah Pelajaran Johor dan Dinas Pendidikan Aceh.



Peserta lawatan dari Jabatan Pelajaran Johor bergambar ramai bersama
Pengarah Pelajaran Johor dan Ketua Dinas Pendidikan Aceh


Share on Google Plus

About AZMAN2020

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment